Sunday, 29 December 2013

Memelihara Dan Memulihara Alam Semula Jadi….



Apakah Alam Semula Jadi?

   
 Alam semula jadi merupakan persekitaran yang telah terbentuk secara semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan, sungai, gunung-ganang, pantai dan pulau. Alam semula jadi ini akan tercemar dan musnah jika tidak dipelihara dan dipulihara dengan baik. Perbuatan membuang sampah merata-rata juga menyumbang kepada pencemaran dan kemusnahan alam semula jadi.



Punca Pencemaran dan Kemusnahan Alam Semula Jadi..
   Selain membuang sampah merata-rata, terdapat punca lain yang menyebabkan berlakunya pencemaran dan kemusnahan alam semula jadi. Antara puncanya ialah aktiviti penebangan pokok di hutan yang tidak terkawal. Walaupun penebangan pokok ini perlu untuk dijadikan kawasan petempatan, namun bilangannya haruslah dikurangkan. Jika kawasan hutan terus ditebang dan dibersihkan, pelbagai masalah akan timbul. Antaranya kurangnya sumber oksigen bagi makhluk bumi, hasil hutan berkurangan, bumi semakin panas dan juga terbantutnya ekonomi negara.. Fikirkan jika semua masalah ini berlaku...


Saturday, 28 December 2013

lihatlah keindahan bumi hijau...


Cantik kan bumi kita ni...tenag jak hati ne bila nampak bumi kita dengan tumbuhan yg menghijau...pena kah kmu terfikir mcm mna hidup kita tanpa kehijau tumbuh tumbuhan di bumi ini...mesti tak seinda apa yg anda lihat di dalam gambar di atas tu kan....mesti kita akan bernafas mengunakan oksigen.....jdi mari lah kita sama-sama menjaga dan mengekalkan keindahan bumi kita ini...bah kata pepata buatan sendiri keindahan dan kecantikan bumi adalah di tangan kita sendiri jo....sekian....