Apakah
Alam Semula Jadi?
Alam semula jadi merupakan persekitaran yang telah terbentuk
secara semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan, sungai, gunung-ganang,
pantai dan pulau. Alam semula jadi ini akan tercemar dan musnah jika tidak
dipelihara dan dipulihara dengan baik. Perbuatan membuang sampah merata-rata
juga menyumbang kepada pencemaran dan kemusnahan alam semula jadi.
Punca
Pencemaran dan Kemusnahan Alam Semula Jadi..
Selain membuang sampah merata-rata, terdapat punca lain yang menyebabkan berlakunya pencemaran dan kemusnahan alam semula jadi. Antara puncanya ialah aktiviti penebangan pokok di hutan yang tidak terkawal. Walaupun penebangan pokok ini perlu untuk dijadikan kawasan petempatan, namun bilangannya haruslah dikurangkan. Jika kawasan hutan terus ditebang dan dibersihkan, pelbagai masalah akan timbul. Antaranya kurangnya sumber oksigen bagi makhluk bumi, hasil hutan berkurangan, bumi semakin panas dan juga terbantutnya ekonomi negara.. Fikirkan jika semua masalah ini berlaku...

No comments:
Post a Comment